30 Hari 30 Resipi Khairul Aming Kembali, Ramai Kagum Selepas 6 Tahun…

Sponsored

Khamis ini umat Islam bakal menyambut Ramadan selama 30 hari. Pempengaruh media sosial dan usahawan cukup terkenal dengan video 30 hari 30 resipi Khairul Aming kembali lagi.

Antara video yang dinanti-nantikan ramai, resipi Khairul Aming kebiasaannya mudah untuk diikut dan sangat ringkas menjadikan ia antara keunikannya. Makanya esok bermulalah episod pertama 30 hari 30 resipi Khairul Aming yang bakal menjadi tular di sosial media.

Sponsored
Khairul Aming

Terbaharu, Khairul Aming memuat naik satu video mengenangkan dari awal pembabitannya menghasilkan video masakan. Dalam perkongsian tersebut Khairul Aming bersyukur video masakannya kini sudah mencecah 6 tahun.

Bermula dan setia ditemani sudu kayu, Khairul Aming dedahkan pada awalnya mereka hanya mampu merakamkan video di lantai sehingga sakit pinggang. Masalah pengcahayaan menjadi isu pada waktu itu menyebabkan video agak gelap.

Sponsored
Antara hasil video dulu-dulu dari Khairul Aming

Kemudiannya mereka ambil keputusan merakam video guna cahaya dari luar secara semulajadi. Turut diceritakan bagaimana mereka melangkah dari satu tahap ke satu tingkat untuk mendapatkan video berkualiti seperti sekarang.

Kini Khairul Aming dan pasukannya berjaya berpindah ke studio lebih besar dengan kelengkapan serba moden. Berikut adalah perkongsian tersebut yang membuatkan ramai kagum dengan kejayaan Khairul Aming ini:

Sponsored
https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7212913581589941530?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7095523499553359361

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan kejayaan Khairul Aming ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di perkongsian tersebut:

“Masuk TV berapa bang. Harap ada stesen TV ambil sepanjang Ramadan. TV Didik pun ok”

“Tahniah untuk konsisten 6 tahun bukan senang”

“Memorable betul ye sudu tu”

“Betul la orang kata, orang yang berjaya ni banyak cabaran dia lalui! Keep it up Khairul Aming hehe tak sabar nak tunggu video video masak dia”