Aafiyah Di Konsert Sekolah Dipuji Dan Dikatakan Ada Bakat, “Mini TokTi”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini. Seorang yang cukup berbakat dan bijak membawa diri dalam industri sehinggakan dirinya disayangi dan diminati ramai.

Terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi memuat naik satu video dengan paparan anak sulungnya, Aafiyah di konsert sekolah tadika.

Sponsored

Nama pun anak penyanyi nombor satu negara, sudah tentu persembahan si cilik ini mendapat perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut dilihat gelagat Aafiyah yang comel menyanyi dan menari bersama rakan-rakan.

Antara yang mencuri perhatian ramai adalah gerak gerinya yang lincah ketika menari. Bukan main lagi comel! Berikut adalah perkongsian rakaman Aafiyah di konsert sekolah tadika yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Siti Nurhaliza:

Sponsored

Memang nampak ada bakat juga anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah ini. Pandai juga dia menari! Perkongsian rakaman yang baru dimuat naik ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan.

Di ruangan kapsyen, penyanyi kesayangan ini menulis yang dia tidak dapat hadir ke konsert anak pertamanya itu kerana bekerja.

Sponsored

Biarpun begitu Siti Nurhaliza tetap bersyukur kerana anaknya yang comel itu dapat memberikan yang terbaik. Di ruangan komen pula, ramai yang memuji Aafiyah. Berikut antaranya:

“Omg…Aafiyah menari macam ibunya..So cute Aafiyah!”

“..Aafiyah memang berbakat semulajadi”

“Nampak macam Tok K yang pakai tudung copy habisss..Comel betul