“Aaron tetap sahabat saya”- Syamsul Yusof tiada masalah nak jumpa Aaron Aziz berdua

Sponsored

Selepas berbalas kenyataan, pengarah terkenal Syamsul Yusof dan Aaron Aziz berikutan sebab pengguguran namanya sebagai pelakon filem The Original Gangster nampaknya isu terbabit semakin menjadi perhatian di media sosial.

Syamsul Yusof bagaimanapun terbaharu menerusi sumber berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelakon tersebut jika ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu itu. Malah dia terbuka untuk berbaik semula.

Sponsored

Tiada masalah untuk berjumpa

Sponsored

“Boleh nak jumpa berdua tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.”

Kata Syamsul Yusof lagi jika ada projek filem yang akan datang juga boleh jumpa. Dia tetap menganggap Aaron Aziz sebagai sahabatnya. Tambahnya juga, masalah yang timbul antara mereka hanya soal kerja semata-mata selain berkata mesti bersikap professional.

Sponsored

“Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap professional, ” ujarnya.

Aaron Aziz

Terdahulu, selepas penjelasan daripada pengarah tersebut tentang sebab nama pelakon popular dengan watak Malik dalam filem KL Gangster itu digugurkan dari filem The Original Gangster, Aaron Aziz menerusi Instagram kelmarin memberikan pula kenyataan balas bagi membela dirinya dengan cara tersebut.

Aaron Aziz bagaimanapun dilihat begitu terkilan selepas pengarah terkenal itu dikatakan enggan berjumpa dengan dirinya.