Abang pisang cheese ‘biasa’ buat netizen terkedu kini jadi luar biasa

Sponsored

Dalam berniaga tentu sahaja layanan terhadap pelanggan memainkan peranan penting bagi membuatkan mereka selesa dan senang berinteraksi dengan penjual. Seperti layanan seorang jejaka yang terkenal dengan perniagaannya bernama Banana Dibs yang tidak semena-mena mengundang dia viral di media sosial.

Ia bermula selepas video dia berinteraksi dengan pelanggan dengan begitu lembut yang mana dia dilihat begitu soft spoken kata ramai disamping nada suaranya juga menjadi perhatian sehingga dia semakin dikenali dengan tagline ‘biasa’.

Sponsored

Namun begitu, sebentar tadi jejaka yang dikenali sebagai Adib ini terbaharu menjadi tumpuan ramai apabila beberapa keping foto memaparkan sisinya yang berbeza mengundang rasa terkedu netizen melihatnya. Manakan tak, Adib yang dilihat menghadiri sebuah acara daripada jenama mewah terkenal mengenakan pakaian begitu bergaya.

Berkongsikan beberapa keping foto yang mana turut ada fotonya bersama pengacara, Hawa Rizwana membuatkan dia juga disalah sangka netizen. Ini kerana dia dilihat seperti selebriti Korea dan tak kurang juga dikatakan seperti pelakon Thailand.

Sponsored

Wajah kacak jejaka yang tular dengan tagline biasa ini dikatakan sudah dilihat luar biasa membuatkan dia kini sentiasa menjadi perhatian di media sosial manakala beberapa keping foto dikongsikan itu juga menerima ribuan tanda suka.

‘Aku ingat foto pertama Joss Wayar’

Sponsored

‘Eh macam iras pulak muka Adib dan Hawa’

‘Dah macam Kpop Idol pergi event dah’