Selain Ummi Nazeera, abang kepada pelakon terkenal ini yang dikenali sebagai Nazreem Musa turut sering menjadi perhatian peminat dan warganet. Malah Nazreem Musa juga pernah viral kerana penampilannya yang kelihatan cantik dan kacak dalam pada masa yang sama.
Walau bagaimanapun, terbaharu abang kepada Ummi Nazeera ini sekali lagi membuatkan ramai tertarik dengan dirinya selepas dia sendiri memuat naik satu klip video di akaunnya sehinggakan ia masuk ke ruangan fyp atau for your page dengan ditinggalkan ribuan tanda suka.
Video Nazreem Musa jadi tumpuan ramai
Umum diketahui lagu daripada penyanyi popular, Miley Cyrus berjudul Flowers telah membanjiri ruangan media sosial apabila ia diterima ramai sehingga tidak henti-henti menjadi pilihan warganet untuk menggunakannya sebagai lagu latar video mereka namun Nazreem Musa tampil dengan kelainan apabila dia merakam video menari.
Hasil daripada video tersebut ternyata berjaya memukau ramai termasuklah rakannya, Fazura untuk meninggalkan komen. Walau bagaimanapun, selain memuji dirinya yang pandai menari, videographer yang merakam juga begitu menarik perhatian ramai untuk mengetahui identitinya.
Sehinggakan ada yang meneka pelakon dan model, Daiyan Trisha memandangkan mereka pernah digosipkan bersama. Dalam pada itu, video tersebut juga ditonton lebih 100,000 kali selepas dikongsikan Nazreem Musa.
‘Bila tarikh album keluar’
‘Credit to Daiyan Trisha…’
‘Sape rekodkan kau ni bang’
‘Pro sangat ni’