Kalau sebut nama Shaheizy Sam, tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang pelakon yang hebat dalam dunia perfileman tanah air. Boleh dikatakan sekitar awal tahun 2000, namanya tidak henti-henti menjadi sebutan peminat apabila dia membintangi pelbagai filem yang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri.
Meskipun Shaheizy Sam kini tidak lagi terlalu aktif seperti dahulu namun jika namanya terlibat dalam filem aksi terbaharu, tentu peminat begitu teruja untuk menyaksikannya. Jadi melihatkan pula satu muat naik oleh Hairul Azreen di akaun media sosial miliknya yang turut memaparkan kelibat pelakon hebat itu, ramai begitu tertarik.
Hairul Azreen kongsi video jadi tumpuan ramai
Mana tidaknya, Shaheizy Sam dilihat nampaknya kembali membina otot dan Hairul Azreen juga diruangan kapsyen turut mengakui dia adalah pelakon terbaik baginya dan rakaman yang dikongsikan ini pula merupakan momen terbaik
Sedia tahu bahawa Shaheizy sememangnya jarang mengecewakan peminat dan penonton filem Malaysia dimana ketika dia muncul dalam filem aksi meskipun sekian lama berehat, dia tetap kembali dengan badan sado demi wataknya.
Dalam pada itu, gelagat lucu Hairul Azreen bersama Shaheizy Sam juga membuatkan warganet turut terhibur namun kebanyakannya kagum dan teruja melihat kedua-duanya sedang membina otot yang mana mereka juga yakin bakal ada filem gempak terbaharu yang melibatkan kedua-dua pelakon tersebut.
‘Kalau abang Sam…’
‘Sam ni bila-bila…’
‘Shaheizy Sam dah…’
‘Perh mesti ada…’