Kisah kemelut rumahtangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah ini menjadi perhatian ramai sejak dari awal lagi. Ramai sedia maklum apakah yang terjadi pada pasangan suami isteri ini disebabkan pelbagai kenyataan dan pendedahan dari tuan badan sendiri.
Terbaharu Syamsul Yusof tidak mahu melafazkan cerai kepada Puteri Sarah di Mahkamah Syariah. Menurut Puteri Sarah pengarah tersohor itu ada mengatakan masih ada sinar dalam rumahtangga mereka.
Keputusan Syamsul Yusof ini membuatkan tuntutan cerai oleh Puteri Sarah bakal berlanjutan. Malah warganet mula mengkritik perbuatan Syamsul itu.
Bagaimanapun menerusi ruangan Instagram Stories, Puteri Sarah baru-baru ini ada dikongsikan satu Direct Message (DM) memberitahu tentang sebab kenapa Syamsul tak nak ceraikan isteri pertamanya itu.
“Sis kawan I kawan dengan Ira Kazar. Ira tu cakap Sol memang nak cerai tapi dia tak bodoh. Lau cerai nanti sis tuntut harta sepencarian mesti dia akan miskin, tuntut je sis geram dengar”
Menurut DM itu, ada dakwaan pasal harta sepencarian menjadi sebab kenapa Syamsul tak nak ceraikan Puteri Sarah. Tulis pemilik akaun itu, maklumat itu diperolehi dari kawan kepada isteri kedua Syamsul, Ira Kazar.
Reaksi Puteri Sarah pula, dia akui sebab sebeginilah yang membuatkan dirinya ‘memasang’ peguam. Biarpun begitu, kesahihan sebab ini tidak dapat dipastikan kerana ianya tiada bukti dan hanyalah khabar angin semata-mata.
“Sebab tu pasang lawyer untuk orang2 yang suka menyalak camni”, Tulis Puteri Sarah mengenai kenyataan tersebut.