Ada Yang Sebarkan Dokumen Tuntutan Adam Shahz, Fatin Afeefa Jawab Dakwaan Abaikan Anak

Sponsored

Baru-baru ini, tular di platform Tik Tok surat dokumen tuntutan hak penjagaan anak yang dilaporkan oleh Adam Shahz kepada pihak mahkamah. Entah bagaimana, dokumen sulit itu disebarkan secara meluas di media sosial beserta kandungan yang terdapat di dalam surat tersebut.

Di dalam dokumen itu, plaintif iaitu Adam Shahz mendakwa bekas isterinya, Fatin Afeefa mengabaikan tanggungjawab terhadap Ivy Herra Sophia iaitu anak perempuan mereka. Malah pelakon wanita itu juga didakwa tidak menghantarkan anak mereka ke sekolah dan kebanyakan masa diuruskan oleh ibu Fatin.

Sponsored

“Defendan (Fatin) kurang memberi perhatian terhadap anak dan kebanyakan hal anak diuruskan oleh ibu defendan. Anak sering mengadu merasa sunyi dan tidak mahu tinggal bersama Defendan.”

Video yang tular di Tik Tok itu juga turut meraih perhatian kakak kepada Fatin Afeefa yang meluahkan rasa geram apabila dokumen sulit itu disebarkan kepada umum. Ujarnya, dia sendiri sebagai ahli keluarga tidak tahu mengenai kandungan dokumen tersebut kerana ia tidak dikongsikan oleh Fatin sendiri.

Sponsored

Tampil beri penjelasan

Susulan isu yang tular ini, Fatin Afeefa tampil memberikan kenyataan media bagi menjawab mengenai kandungan surat yang telah tersebar itu. Di dalam kenyataan itu, Fatin mengambil maklum mengenai kandungan dokumen tuntutan yang telah tersebar di media sosial.

Pelakon itu meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau komen memandangkan hal ini masih lagi di dalam perbicaraan mahkamah. Dalam masa yang sama, Fatin turut berharap netizen dapat menghormati undang-undang dan Institusi Mahkamah di negara ini.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.