Ada Yang Terpukau Tengok Kejelitaan Anak Pak Azad, “Macam Kajol Dah”

Sponsored

Anak kedua kepada pasangan pelakon, Eira Syazira dan Azad Jasmin (Pak Azad) ini nampaknya semakin mendapat perhatian warganet. Rupa parasnya yang jelita menjadi buah mulut ramai.

Dalam salah satu perkongsian video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Eira Syazira dipaparkan gelagat malu-malu anak Pak Azad ini. Anak kedua Azad Jasmin dan Eira Syazira diberi nama Ameisya Leanne Rose. Wow namanya secantik paras wajah si cilik ini!

Sponsored

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai yang terpegun menyaksikan rakaman ini. Manakan tidak, paras wajah anak kecil ini memang cukup terserlah kejelitaannya.

Berikut adalah rakaman yang dimuat naik tersebut dan telah mencuri perhatian ramai:

Sponsored

Perkongsian rakaman dengan paparan kejelitaan anak Pak Azad ini telah meraih hampir 300 ribu tontonan. Meninjau di ruangan komen, ramai sangat yang puji dan akui terpegun menyaksikan kejelitaan anak pasangan selebriti tersebut.

Untuk info, Ameisya Leanne Rose atau lebih mesra dengan panggilan Rose ini dilahirkan pada 31 Disember 2016 dan kini berusia 6 tahun.

Sponsored

Berikut antara kata pujian yang ditinggalkan netizen yang teruja menyaksikan kejelitaan anak Pak Azad dalam rakaman ini:

“Jelita gilaaa. Macam Kajol dah”

“Anak2 depa semua segak2 dah mak pak segak”

“Cantik..Jangan makeup2 tebai nooh. Biaq nampak natural kanak2 cut..Ikut muka pak”

“Kakak pandai dancing. Yang ni muka sweet je. Lain anak lain kelebihan masing2. Semoga semuanya berjaya”