“Adik Janganlah Berputus Asa”, Siti Nurhaliza Titip Pesan Pada Sissy Imann

Sponsored

Sejak akhir-akhir isu komen pedas juri kepada peserta dari sebuah rancangan telah mencuri perhatian ramai. Komen yang keluar dari mulut salah seorang juri iaitu Mas Idayu dikatakan telah membuatkan peserta yang juga penyanyi, Sissy Imann ‘hilang semangat’ dalam industri muzik ini.

Kejadian yang berlaku itu turut mendapat perhatian rakan di dalam industri dan penyanyi nombor satu negara. Baru-baru ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza titip pesan pada Sissy Imann dalam satu temubual.

Sponsored

“Mas Idayu Itulah Diri Dia”

Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti mengulas mengenai perkara tersebut, dia sendiri akui juri ada penilaiannya yang tersendiri.

“Juri ini ada kreteria dan caranya tersendiri. Penilaian dia adalah berbeza. Saya pernah jadi juri, saya tak boleh marah macam tu sebab itu bukan diri saya. Tapi Mas Idayu itulah diri dia. Saya tak boleh cakap macam mana. Masing-masing pun ada cara dan tahap ketahanan orang pun berbeza.”

Sponsored

Tahap Penerimaan Orang Berbeza

Tambahnya lagi setiap apa yang berlaku itu tahap penerimaan orang berbeza. Dalam apa yang terjadi ini Tok Ti sendiri akui ada perkara positif dan negatifnya.

“Ada orang boleh terima secara positif ada orang tak boleh terima keadaan itu. Mungkin kita dah biasakan dengan perkara biasa seperti cakap lepas, tulis…Semua itu dah jadi perkara biasa macam sekarang. Ada yang boleh tahan kritikan ada yang tidak”

Sponsored

Selain itu Tok Ti juga turut berpesan kepada Siti Sisters untuk tabahkan hati bila sudah masuk pertandingan netizen akan bercakap dan kritikan juri ambil dan tingkatkan diri.

“Positifnya adalah untuk mengajar atau menegur. Sudut negatif pihak yang ditegur tak mampu terima. Cuma bagi saya dia telah pun menjejakkan kaki ke pertandingan dan perlu terima segala kritikan. Saya pun pesan dengan kakak dan adik saya. Kena terima cakap-cakap orang dan kritikan juri.

Pesan Supaya Kuat

Tok Ti juga sempat meninggalkan pesan supaya Sissy Imann kuat dalam berhadapan dengan isu tersebut. Katanya rasa jauh hati itu akan berlalu pergi nanti.

“Saya rasa adik janganlah give up, dalam industri inilah sepak terajang…Kena kuat dik..Saya rasa dia terkejut.”

Berikut adalah rakaman temubual yang mana Siti Nurhaliza titip pesan pada Sissy Imann: