Aeril Zafrel Kongsi Tentang Personaliti Sophia Albarakbah, “Dia Manja, Mungkin Ada Yang Senang Jatuh Hati…”

Sponsored

Nama pelakon Sophia Albarakbah antara topik bualan hangat di media sosial ketika ini susulan kontroversi yang melandanya dan Aliff Aziz. Bagi Aeril Zafrel yang pernah bergandingan dengan Sophia sebelum ini, dia mengakui pelakon wanita itu adalah seorang yang baik.

Aeril memberitahu dia pertama kali berkerjasama dengan Sophia di dalam sebuah drama yang berjudul Tercipta Satu Ikatan yang turut dibintangi Hana Delisha dan Izzue Islam. Jelas Aeril, Sophia mempunyai karekter yang manja serta seorang yang lemah lembut dan mungkin disebabkan itulah ada yang mudah jatuh hati dengannya.

Sponsored

“Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karakternya. Itu pendapat saya lah. Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang mudah jatuh hati. Mungkin kerana karakternya yang sebegitu. Dia juga seorang yang ‘soft spoken’.”

Hubungan dengan pelakon wanita

Mula berlakon sejak tahun 2006, Aeril memberitahu dia lebih senang berterus terang dengan heroin yang bergandingan dengannya untuk mengelakkan salah faham. Malah Aeril memberitahu dia lebih bersikap terbuka kepada pelakon wanita yang menjadi pasangannya untuk menjaga batas masing-masing semasa berlakon.

Sponsored

“Biasanya saya akan berlaku ‘transparent’. Saya akan beritahu heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.”

Jelasnya, sebelum ini dia pernah melalui pengalaman di mana ada pelakon wanita yang bergandingan bersamanya mempunyai salah faham dengan lakonannya. Oleh itu, dia memilih untuk berterus terang terlebih dahulu untuk mengelakkan situasi itu berlaku.

Sponsored

“Sebab sebelum ini pernah terjadi, saya ada dengar daripada pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak ‘try’ dia. Jadi macam tersalah sangka pula…”

Sebelum ini, Sophia Albarakbah yang bergandingan dengan Aliff Aziz di dalam sebuah drama dikatakan telah jatuh hati dengan suami kepada Bella Astillah ini. Malah dia juga turut mengaku tentang perasaannya itu kepada Bella selain didakwa cuba menghubungi Aliff berkali-kali tanpa sebab.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.