Ahli Keluarga Terlibat Dalam Pergaduhan Hubungi Caprice Menurut Polis

Sponsored

Polis telah mengesahkan bahawa mereka telah memanggil salah seorang ahli keluarga yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah kampung penginapan di Batu Pahat, selepas dia menghubungi influencer, Caprice, berkaitan dengan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah menyatakan bahawa mereka memanggil ahli keluarga tersebut untuk merekodkan perbualannya dengan influencer tersebut.

Sponsored

“Berdasarkan rakaman percakapan, didapati percakapan dia (ahli keluarga) konsisten seperti apa yang dia cakap dengan Caprice,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada Khamis.

Pada Rabu lalu, seorang ahli keluarga “baju merah” telah menghubungi Caprice untuk menceritakan situasi di pihak mereka. Mereka sekeluarga telah menempah kampung penginapan tersebut untuk aktiviti keluarga selama tiga hari dua malam. Pada hari kedua mereka mengadakan aktiviti sukaneka dan suasana menjadi bising kerana setiap orang sedang berseronok dengan aktiviti keluarga.

Sponsored

Namun, mereka kemudian ditegur oleh seorang pengunjung wanita yang mengeluh tentang kebisingan yang mengganggunya.

“Kita percaya, kes tersebut berpunca daripada perselisihan faham. Satu pihak sudah sewa inap desa untuk hari keluarga, tetapi dalam masa sama masih ada pengunjung yang datang ke kolam mandi bersama anak-anaknya.

Sponsored

“Namun, pengunjung wanita berkenaan telah menegur bahawa terlalu bising hingga mengganggunya dan ketika itulah mungkin wanita itu keluar dan ‘call’ suaminya seterusnya berlakulah seperti apa yang tuan-tuan tengok (video tular) itu,”