Ain Edruce bekerja tapi suami tetap bagi duit belanja dipuji, “Sebab dia tahu erti tanggungjawab”

Sponsored

Selain Ain Edruce, suami kepada pengacara, pelakon dan Youtuber ini yang dikenali sebagai Amirul atau nama penuhnya Amirul Hafiz Mustaffa juga sering menjadi tumpuan warganet. Ini kerana ‘wajah’ spontan suaminya itu membuatkan ramai terhibur malah Ain Edruce juga tahu bahawa Amirul mempunyai peminat.

Pasangan sporting ini bagaimanapun sentiasa menghiburkan ramai diruangan aplikasi yang semakin popular, TikTok apabila video Ain Edruce memang selalu masuk ke ruangan fyp atau for your page dengan pantas. Sekadar info, Ain Edruce telah mengahwini ahli perniagaan itu pada 13 Disember 2019 dan kini semakin bahagia bersama seorang cahaya mata sulung mereka.

Sponsored

Selain terhibur dengan gelagat Ain Edruce apabila mengusik suaminya, ramai juga memberikan pujian terhadap sikap Amirul yang sentiasa melayan perangai lucu pengacara popular itu. Meskipun begitu, satu muat naik Ain Edruce ini pula membuatkan ramai peminat tampil meninggalkan reaksi mereka.

‘Bila kau bekerja, ada duit sendiri tapi suami still bagi duit belanja,’ tulis Ain Edruce dalam video dikongsikannya kali ini yang membuatkan ramai menyifatkan Amirul seorang yang bertanggungjawab.

Sponsored

Sikap bertanggungjawab dipuji

Sikap Amirul itu bagaimanapun membuatkan ramai tumpang bahagia dan video dikongsikan Ain Edruce itu membuatkan kecantikannya menjadi tumpuan sehingga rakaman tersebut menerima ribuan tanda suka selepas beberapa jam dimuat naik oleh selebriti jelita ini kepada umum.

Sponsored

‘Itulah yang sepatutnya’

Ain Edruce

‘Besnya dapat macam ni’

‘Alhamdulillah dapat suami…’

Ain Edruce