Akhirnya dapat lihat kembali, peminat teruja tonton video Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Sponsored

Sudah agak lama bagi peminat tidak melihat dua penyanyi bersuara padu, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah ini bersama. Selain penyanyi duet hebat ini disukai ramai kerana keserasian mereka atas pentas, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah juga sering digosipkan bersama.

Keakraban Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah juga pernah membuatkan peminat kedua-duanya cukup suka apabila mereka terdahulu juga sering dilihat meluangkan masa bersama sehingga timbul gosip bercinta. Malah di media sosial juga, Hael Husaini mahupun Dayang Nurfaizah terbuka berkongsikan foto mereka.

Sponsored

Lama tidak dilihat bersama

Walau bagaimanapun, ternyata bagi peminat kedua-duanya merasakan sudah agak lama tidak melihat Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah meluangkan masa bersama dan terbaharu video mereka yang muncul di aplikasi TikTok mencetuskan ramai senang sehingga lebih 70,000 tanda suka ditinggalkan warganet.

Sponsored

Tak kurang juga, ramai yang suka dan teruja apabila Hael Husaini di akaun TikTok miliknya ini memuat naik klip video pendek yang memaparkan dia melakukan satu trend yang kini popular di platform tersebut dan trend itu dilakukannya bersama Dayang Nurfaizah.

Disebabkan keserasian mereka yang sering membuatkan peminat suka, nampaknya diruangan komen pula netizen hujani dengan reaksi meminta agar mereka pula berkahwin dan disebabkan sudah lama tidak dilihat meluangkan masa bersama, peminat mengambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa rindu terhadap mereka.

Sponsored

‘Cuba kahwin’

‘Semoga cepat kawen’

‘Suka tengok couple ni la’

Hael

‘Cuba kawen’