Baru-baru ini, chef selebriti terkenal dikenali dunia sebagai Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce menerima kecaman hebat di media sosial apabila memuat naik foto-foto dia bergambar dengan Trofi Piala Dunia 2022. Salt Bae menerusi hantaran di Instagram (IG) peribadinya memaparkan dia meraikan kemenangan pasukan Argentina.
Malah turut kelihatan Salt Bae bersama pemain-pemain pasukan berkenaan namun terdapat aksi yang mengundang rasa kurang senang netizen disebabkan dia memegang Trofi Piala Dunia yang mana difahamkan ia hanya boleh dipegang oleh pemain dan mereka yang terlibat selaku pemenang sahaja. Tak kurang juga, dia dilihat mengigit pingat.
Salt Bae bergambar dengan pemain-pemain
Dia bagaimanapun dikatakan mempunyai akses dan kebenaran untuk masuk ke dalam padang. Namun begitu, menerusi sumber sejak pagi ini nama Salt Bae menjadi sorotan ramai apabila dia disiasat pihak Fifa. Melalui laporan Harian Metro, Fifa sedang menyiasat chef selebriti terkenal itu bagaimana dia mendapat ‘akses tidak wajar’ masuk ke padang selepas final Piala Dunia baru-baru ini.
Aksi Salt Bae bikin ramai kurang senang
“Selepas melakukan semakan, Fifa mengambil ketetapan bagaimana seorang individu mendapat akses masuk ke padang selepas majlis penutup di Stadium Lusail pada 18 Disember lalu. Tindakan yang sewajarnya akan diambil.” Kata seorang jurucakap kepada BBC yang mana Salt Bae disiasat Fifa berikutan kejadian yang terjadi itu.