‘Aku Terluka’ Nyanyian Nabila Razali Dikritik, “Kesiannya Dia Ni..”

Sponsored

Nabila Razali, bukanlah nama baharu dalam industri hiburan tanah air. Berbakat dalam bidang lakonan malah masih aktif sebagai seorang penyanyi.

Semalam lagu baharu berjudul Aku Terluka nyanyian Nabila Razali telah pun dimuat naik menerusi Youtube. Lagu ini adalah hasil ciptaan Amylea Azizan dan MFMF dan telah pun diperdengarkan kepada umum malam tadi.

Sponsored

Nyanyian ‘live’ Nabila Razali

Dalam satu majlis memperdengarkan ‘Aku Terluka’, Nabila Razali sempat menyanyikan lagu ini secara langsung. Malah rakamannya telah dimuat naik di sosial media dan menerima pelbagai reaksi dari warganet.

Sponsored

Salah satunya adalah rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Xtra. Berikut adalah perkongsian rakaman Aku Terluka nyanyian Nabila Razali di majlis tersebut:

Dikritik Netizen

Sponsored

Rakaman ini turut dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter. Malah perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai kritikan mengenai nyanyian Nabila Razali. Berikut antara reaksi ramai yang menjadikan nyanyian live Nabila Razali ini sebagai topik perbincangan mereka:

“Kak Nab tak boleh nyanyi lagu2 macam ni. Kak Nab sesuai lagu catchy3 macam tu je. Cumi2 tu, lepastu vroom2..”

“Ya Allah kesiannya dia ni. Tapi tetap dia feeling atas tu”

“Kenapa la orang bagi dia lagu high note padahal tahu dia tak mampu? Bagi je laa lagu simple2 tapi catchy. Tak de la terkucil macam ni. Kesian buat malu diri sendiri je kat situ”

Sumber: Instagram Xtra / Twitter