Album Sissy Iman Habis Terjual Dalam Masa Dua Jam, Ada Yang Sanggup Bayar Lebih Dari Harga RM20

Sponsored

Semua sedia maklum tentang kontroversi yang membabitkan Sissy Iman dan Mas Idayu di dalam program Famili Duo sebelum ini. Susulan komen pedas yang diberikan juri tetap itu juga, Sissy membatalkan pelancaran album terbarunya yang dirakamkan di Abbey Road, London tahun lalu.

Malah Sissy juga mengumumkan ingin menjual album tersebut hanya pada harga RM20 sahaja kepada mereka yang berminat. Keputusan Sissy yang seakan-akan sudah ‘patah semangat’ untuk berkarya ini juga turut membuatkan ramai bersimpati dengannya dan memberikan sokongan buat penyanyi itu.

Sponsored

Difahamkan, album tersebut sudah habis terjual dalam masa dua jam ianya dibuka untuk orang ramai. Menurut bapa Sissy iaitu Mohammad Kamil Mustaffa, walaupun anaknya mengumumkan album itu dijual pada harga RM20 namun ada juga pembeli yang sanggup membayar dengan harga setimpal untuk mendapatkannya.

1,000 unit habis terjual

Malah dia juga tidak menyangka album pertama Sissy yang hanya dicetak sebanyak 1,000 unit itu habis terjual kesemuanya. Walaupun tidak meraih keuntungan yang besar memandangkan penghasilan album itu menelan perbelanjaan tinggi untuk dihasilkan, dia tetap bersyukur dan melihat positif pada rezeki itu.

Sponsored

“Rata-rata yang membeli itu daripada pelbagai latar kerjaya dan peringkat usia, termasuk kebanyakan mereka adalah ‘collector’.”

Tambahnya lagi, penghasilan album itu di Studio Abbey Road, London sangat bermakna buat Sissy dan menganggap ianya pencapaian terbesar buat anaknya itu. Dalam masa yang sama, dia memberitahu akan terus memberikan sokongan kepada Sissy untuk berkarya pada masa hadapan.

Sponsored

Sebelum ini, Sissy Iman dan Naim Daniel menerima kritikan pedas dari Mas Idayu selepas persembahan mereka di program Famili Duo. Difahamkan, Sissy kemudiannya mengurung diri di dalam bilik dan hanya keluar untuk makan sahaja selama beberapa hari selepas insiden tersebut.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.