Alif Satar Jumpa ‘Kembar’, “Sama Wei Gigi Dahi Pipi Dagu Seyuman Sebijik”

Sponsored

Sebelum ini tular video seorang pelajar perempuan yang memiliki wajah seiras Alif Satar. Rakaman tersebut telah menjadi perhatian ramai apabila netizen akui gadis itu sememangnya berwajah lebih kurang Alif Satar tetapi versi bertudung.

Dalam satu muat naik terbaharu oleh selebriti verstail ini, akhirnya Alif Satar jumpa kembar iaitu gadis irasnya itu. Dalam perkongsian video ringkas itu dipaparkan Alif Satar memperkenalkan gadis berkenaan kepada pengikut di TikTok.

Sponsored
@baz0ongi

atream lelaki seperti alep gais official mv #fyp #spm2022

♬ Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Bila Alif Satar berdiri bersebelahan gadis seirasnya itu memang nampak sama betul! Macam adik-beradik pula melihat mereka ini.

Berikut adalah perkongsian rakaman Alif Satar jumpa kembar yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik penyanyi, pelakon dan pengacara ini:

Sponsored

“Hi guys look who with me”, kata Alif Satar dalam video tersebut. Malah gadis berkenaan dilihat seceria Alif Satar membuatkan ramai mengakui kehadirannya sama seperti selebriti kesayangan ramai ini. Namun di ruangan kapsyen, Alif akui gadis itu tidak memiliki paras rupa sama dengannya.

Bagaimanapun meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui gadis tersebut hampir sama dengan Alif Satar. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan berkenaan:

Sponsored

“Dua2 handsome dan kelakar hahaha comel!”

“Sama wei gigi dahi pipi dagu seyuman sebijik”

“Memang tak ada lelaki seperti aku. Tapi ada perempuan seperti aku”

“Akhirnya bertemu juga kembar terpisah ni. Alif Satar dan baa satar”