Alif Satar Teruja Nama Disebut Dalam Temubual KJ, Idam Sesi Jamming Bersama!

Sponsored

Khairy Jamaluddin antara nama ahli politik yang sering mencuri perhatian ramai. Selepas pemecatan dari parti politik, Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan panggilan KJ menerima tawaran menjadi penyampai radio di Hot FM.

Sudah tentunya kehadiran figura berpengaruh ini di konti radio telah menghangatkan lagi suasana dan ramai senang dengannya. Baru-baru ini tular pula satu video yang memaparkan KJ ditemu bual oleh seorang penyampai radio, Abang Naz.

Sponsored

Rakaman pendek yang dimuat naik semula oleh selebriti verstail, Alif Satar itu memaparkan KJ menjawab soalan dari Abang Naz yang turut menyebut nama penyanyi, pelakon dan pengacara tersebut.

Berikut adalah rakaman yang membuatkan Alif Satar teruja nama disebut dalam temubual KJ yang dikongsikan semula menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini:

Sponsored

Sempat juga Alif Satar mengajak KJ untuk bekerjasama dan menghasilkan video untuk jamming sessin di Hot FM. Menerusi ruangan kapsyen, Alif Satar menulis seperti berikut:

“Mantap ah chief!.. kita kasi set satu jamming session Hotfm dengan @khairykj satu kali!! korang nak kami main lagu apa? …p/s korang kena tgk full video interview ni👍🏽 @djnazzzzzzmemang sempoi”

Sponsored

Rakaman yang membuatkan Alif Satar teruja nama disebut dalam temubual KJ ini turut mencuri tumpuan ramai.

“Yes Hot FM make it happen please! Nak tengok Khairy KJ dan Alif Satar jamming”

“Wahhhh, KJ dah jadi Aliff and The Locos sekarang”

“Uuuuu cepat bagitau tarikh, nak join eh”

“KJ ni kat mana2 pun boleh masuk. Next apa lagi kot2 berlakon pulak”