Ameera Khan Buat Umrah Bersama Ibu Tercinta, Netizen Puji Penampilan Terkini, “Ramai Judge Dia Dulu…”

Sponsored

Lama nampaknya kita tidak mendengar khabar tentang adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan atau nama glamornya Little Miss Khan (LMK). Semenjak dia tidak lagi aktif di akaun Instagram, ramai yang tertanya-tanya perkembangan terkininya ini.

Baru-baru ini pula, Noor Kartini ada memuat naik beberapa gambar bersama Ameera Khan sekaligus membuatkan ramai teruja melihatnya. Difahamkan, dia dan anak perempuannya itu akan menunaikan umrah dan memohon orang ramai mendoakan dirinya dan Ameera mendapat umrah yang mabrur.

Sponsored

“Saya bersama anak saya Little Miss Khan akan menunaikan umrah, jika ada salah silap tutur kata atau perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja kami mohon maaf, dan doakan perjalanan dan ibadah kami…”

Dalam masa yang sama, Noor Kartini turut memohon ampun sekiranya dia ada melakukan apa-apa kesalahan dan menyinggung mana-mana pihak. Perkongsian yang dimuat naik ini kemudian dibanjiri dengan ucapan doa dari peminat yang turut sama mendoakan perjalanan mereka dipermudahkan.

Sponsored

Selain itu, rata-rata netizen turut memuji penampilan terkini Ameera yang dilihat memakai tudung labuh bersama-sama jubah putih. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut dengan perubahan Ameera dan mendoakan adik kepada Neelofa ini istiqamah dengan penampilannya ini.

“Ramai judge dia dulu. Now, I hope LMK will stay like this InsyaAllah…”

Sponsored

“LMK pernah cakap dia idolakan kak lofa dia, alhamdulillah yang ini pun dia ikut kak lofa dia.”

“Sebab tu kakak-kakak dan abang-abang perlu menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada adik-adiknya.”

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya apabila Ameera Khan ‘hilang’ dari media sosial malah kesemua perkongsian di Instagram miliknya turut dipadamkan. Namun menurut Neelofa, adiknya itu cuma mahu berehat dan mencari haluan diri buat masa ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram