Ameera Khan dalam video Izara Aishah cuit hati netizen, “Apa ntah dia ambil”

Sponsored

Dua personaliti terkenal, Izara Aishah dan Ameera Khan terbaharu mencuri tumpuan warganet selepas satu perkongsian yang memaparkan mereka meluangkan masa bersama dalam pada masa sama mengejutkan buat yang mengenali mereka.

Mana tidaknya, ramai tidak menyangka adik kepada Neelofa itu rapat dengan pelakon, Izara Aishah. Umum diketahui, sekian lama berehat daripada media sosial ternyata Ameera Khan kini dilihat semakin aktif berkongsikan perkembangannya kepada umum.

Sponsored

Gelagat Ameera Khan jadi perhatian

Malah adik-beradiknya juga dapat berkongsikan tentang dirinya di media sosial. Walau bagaimanapun, peminat tidak menyangka pula dalam satu muat naik video terbaharu oleh Izara Aishah buat tatapan umum dapat melihat kelibat Ameera Khan atau turut dikenali dengan panggilan Little Miss Khan.

Sponsored

Menerusi video pendek ini menunjukkan Ameera Khan merakam gelagat Izara Aishah dan begitu juga sebaliknya namun ternyata gelagat gelak Ameera Khan antara yang begitu menjadi tumpuan warganet.

“Let me show you what reality looks like,” tulis Izara Aishah yang mana hantaran video dia bersama Ameera Khan itu turut mencetuskan tawa buat ramai yang mana cara ketawa adik kepada Neelofa itu sebelum ini juga dapat membuatkan ramai turut ketawa.

Sponsored

‘Percayalah Ameera Khan ambik gambar…’

‘Izara dengan LMK memang satu kepala kalau bab gambar…’

‘Eh ada Mira la kali ini tersesat dari mana tu’

‘Kalau kau tengah moody letak la dalam family lofa, tengah…’