Amir Raja Lawak Bersyukur Miliki Alza, Ramai Ucapkan Tahniah Atas Rezeki & Kagumi Usaha Kerasnya!

Sponsored

Pelawak dan usahawan Air Jagung Amirreka baru-baru ini memberitahu ramai yang hasil dirinya berniaga, Amir Raja Lawak berjaya membeli sebuah kenderaan jenama Perodua Alza.

Selebriti berpersonaliti sentiasa merendah diri dan pandai menghiburkan orang ramai ini memuat naik mengenai kesyukurannya itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Sponsored

Dalam muat naik oleh Amir itu, dia meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kenderaan tersebut hasil sokongan ramai. Selain itu, Amir juga memberitahu dia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan Alza tersebut.

Biarpun begitu, Amir tetap bersabar menanti dan individu yang menguruskan proses jualan sangat membantu dan mudahkan urusannya. Berikut adalah berita gembira Amir Raja Lawak bersyukur miliki Alza yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya itu:

Sponsored

Perkongsian berita gembira Amir Raja Lawak bersyukur miliki Alza ini telah mencuri perhatian ramai termasuklah rakan selebriti. Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan tahniah serta mengagumi usaha keras Amir tersebut.

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian berita gembira tersebut:

Sponsored

“Tahniah Amer..Semoga kereta menjadi manfaat buat Amer untuk urusan dunia dan urusan akhirat”

“Tahniah Amirekaaa. Moga bertambah lagi rezeki lepas ni”

“Yeay my bro. So proud of u!! U work hard for this! You deserve it”

“Rajin berniaga Amir Raja Lawak hasil usaha demo”