Nama Bunga Cinta Lestari (BCL) cukup terkenal di tanah airnya sendiri, Indonesia dan Malaysia. Baru-baru ini Konsert BCL-Blossom Intimate yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat telah meraih perhatian ramai.
Dalam konsert tersebut BCL turut menyanyikan 12 Tahun Terindah dan keseluruhannya 20 lagu membuatkan penonton sempat terusik emosi. Sehingga ke hari ini pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair masih menjadi sebutan dan BCL turut tampak sebak ketika membuat persembahan tersebut.
Kemunculan Noah Sinclair Di Pentas
Kemunculan anak Bunga Cinta Lestari, Noah Sinclair membuat persembahan bersama ibunya itu turut mencuri perhatian ramai. Berikut adalah rakaman yang sempat diambil dan dimuat naik menerusi akaun TikTok seorang pengguna dengan nama akaun Nieesazainal:
Perkongsian rakaman kemunculan anak Bunga Cinta Lestari di konsert tersebut yang turut menyanyi bersama penyanyi berasal dari Indonesia ini telah membuatkan ramai terkejut dan teruja.
Ramai Puji Dan Teruja
Malah ada juga yang menyamakan anak penyanyi ini dengan Allahyarham Ashraf Sinclair. Tak sangka juga ada bakat sebagai penghibur anak ini. Di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai penampilan khas tersebut seperti berikut:
“Betul2 Ashraf versi kecil”

“Noah and BCL both so amazing. Noah nampak so pro on stage”

“Noah mesti budak bijak beruntung dia lahir dari keluarga 2 negara + keturunan kacukan”

“BCL macam adik beradik dengan anaknya”

“BCL untung dapat dua lelaki yang betul2 sayangkan dia. Asraf support BCL so Noah buat layan BCL macam tu jugak”
