Anak Farid Kamil, Muhammad Curi Perhatian Dah Besar Pandai Berlakon!

Sponsored

Muhammad, anak kepada pasangan selebriti iaitu Farid Kamil dan Diana Danielle ini cukup dikenali ramai. Sejak tahun lalu, Muhammad telah mencuri perhatian ramai apabila muncul berlakon bersama bapanya dalam sebuah filem berjudul Remp-It 2.

Malah baru-baru ini seorang pengguna TikTok dengan nama akaun hana_zulk telah berkongsikan satu petikan dari filem tersebut dan membuatkan warganet memuji lakonan si cilik anak Farid Kamil ini.

Sponsored

Berikut adalah petikan pendek yang dikongsikan oleh pengguna TikTok berkenaan baru-baru ini:

Dalam filem ini, Muhammad memegang karakter sebagai anak kepada pelakon utama iaitu Madi yang juga bapanya, Farid Kamil. Nampak agak menjadi lakonan si cilik ini!

Sponsored

Malah di ruangan komen perkongsian petikan filem lakonan si cilik kepada Farid Kamil dan Diana Danielle ini juga ramai yang meninggalkan kata pujian kepada Muhammad ini. Berikut antaranya:

“Agak dah masa tengok muka dia memang sebiji cam dia”

Sponsored

“Muka ikut mak dia tapi ensem budak nim macam bapak dia”

“Budak ni nanti kalau dah besar sumpah hensem gilaa”

“Memang muka bercampur Farid Kamil dan Diana Danielle”

Sebelum ini memetik laporan mStar, lakonan Muhammad dalam filem tersebut adalah kemunculan sulung anak kepada pasangan selebriti tersebut. Malah Farid juga ada memberitahu anaknya itu ada meluahkan hasrat dan berminat untuk berlakon dalam filem.

SumberTikTok