Anak Sulung Azhar Sulaiman, Leia Jadi Perhatian, “Ni Sebijik Muka Daddy”

Sponsored

Jika sebelum ini anak Azhar Sulaiman dikenali dengan nama Leona sering menjadi tumpuan ramai, kali ini muat naik video oleh pelakon ini memaparkan anak gadisnya yang lain membuatkan ada yang tak sangka.

Anak gadis Azhar Sulaiman ini adalah Kasih Leia Ixora dan dalam rakaman tersebut dipaparkan pelakon lelaki itu bertanyakan kepada anaknya itu. Gadis berkenaan memakai pakaian serba putih dan duduk di sofa.

Sponsored

Kedengaran suara Azhar Sulaiman yang bertanyakan kepada Leia dia mahu ke mana berpakaian sebegitu. Jawapan selamba anak gadis Azhar Sulaiman ini adalah hanya untuk melepak di rumah kawannya.

Berikut adalah rakaman bapa dan anak ini yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Azhar Sulaiman sendiri:

Sponsored

Disebabkan dipertikai berpakaian sedemikian, Leia muncul dalam satu lagi rakaman dan kali ini gadis berkenaan bertudung litup. Berikut adalah rakaman tersebut:

Kedengaran gadis ini memberitahu dia akan ke rumah kawannya untuk ‘parti tudung’. Sempat juga Azhar Sulaiman menasihatkan anaknya itu supaya jangan tukar pakaian pula bila tiba di rumah rakan tersebut.

Sponsored

Difahamkan Leia adalah vokalis bagi sebuah kumpulan Indie dengan nama Senja. Di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang membezakan Leia dan juga Leona. Berikut antaranya:

“Ni anak sulung dorang. Memang jarang nampak kat media”

“Adoi penatnya jadi Azhar Sulaiman. But I think he is a very good father”

“Ni sebijik muka daddy, Leona amek mummy face.. Sama adik ooo.Yang penting semua anak2 Azhar Sulaiman bijak2, baik2, InsyaAllah berjaya dunia akhirat”

“Leona muka ikut mak nya..Yang ni muka ikut Azhar Sulaiman”