Anak Sulung Azhar Sulaiman Pengsan Di PPUM, Pelakon Ini Dedah Saat Cemas

Sponsored

Sebelum ini ramai yang baru tahu yang pelakon senior, Azhar Sulaiman memiliki anak selain Kasih Leona. Muat naik video mengenai anak sulung Azhar Sulaiman bernama Kasih Leia Ixora ini telah meraih perhatian ramai.

Bagaimanapun keadaan fizikal Kasih Leia Ixora yang sangat kurus membuatkan warganet tertanya-tanya adakah anak gadis ini sakit. Segalanya terjawab selepas Azhar Sulaiman berkongsikan mengenai anak sulungnya itu baru-baru ini.

Sponsored

Menerusi perkongsian pelakon lelaki ini, dia cemas apabila mendapat tahu anaknya itu pengsan di parkir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur. Dalam rakaman tersebut Azhar memberitahu bimbang akan keadaan anaknya itu kerana dipercayai menghidap penyakit hipertiroid.

@azharbsulaiman

Kasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww

♬ original sound – Azhar Sulaiman – Azhar Sulaiman

Tulis Azhar Sulaiman di ruangan kapsyen, dia menceritakan mujur ada orang kenal dengan dia dan anaknya yang dipanggil Kasih itu.

Sponsored

“Kasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww”

Terbaharu susulan kejadian tersebut, Azhar Sulaiman berkongsikan tentang keadaan anaknya itu. Cerita Azhar Sulaiman dia memaksa anaknya itu bangun dan bersarapan dengannya.

Sponsored

Malah Azhar Sulaiman turut memberitahu untuk anaknya itu kena mulakan kehidupan yang lebih sihat. Terdahulu Kasih Leia Ixora memuat naik satu rakaman yang mana dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat dan doa yang baik-baik buat anak sulung Azhar Sulaiman ini.