Anak tak nak pakai kasut, cara didikan Emma Maembong ‘handle’ dipuji netizen

Sponsored

Umum diketahui, pasangan Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar menunaikan ibadah umrah bersama dan turut membawa anak lelaki mereka, Shariq Gabriel.

Walau bagaimanapun, gelagat anak pasangan ini nampaknya sekali lagi mencuri tumpuan selepas terdahulu cara didikan Emma Maembong terhadap anaknya itu tular dan menerima pujian dengan sikap sporting selebriti jelita ini.

Sponsored

Terbaharu nampaknya sekali lagi anak Emma Maembong mencuri tumpuan ramai dengan telatah comelnya yang ingin mencuba sesuatu. Menerusi rakaman video yang tular ini, Shariq Gabriel difahamkan tidak ingin memakai kasut.

Jadi perkara itu membuatkan kaki Shariq Gabriel hitam dan Emma Maembong pula dengan lembut mengelap kakinya seolah-olah mengajarkannya sesuatu yang mulai difahami Shariq Gabriel akibatnya apabila tidak memakai kasut.

Sponsored
@themariposa7

Dia mari dengan kaki hitam sobat, oomygod.

♬ original sound – mariposa – Little Emma

“Tak nak pakai kasut pastu dia terkejut kenapa kaki dia hitam…” kongsinya menerusi video yang dikongsikan itu dan dalam pada masa sama, netizen ‘hadir’ diruangan komen memberikan pujian terhadap didikan Emma Maembong terhadap Shariq Gabriel yang membiarkannya mencuba sesuatu lalu mendapat pengajaran dengan sendirinya.

‘Suka cara dia dengan anak dia, not too overprotective and fussy. She let her son explore everything’

Sponsored

‘Suka tengok Emma layan anak dia. Comelnya’

‘Emma ni jiwa seni, jiwanya bebas. Sebab tu dia layan anaknya juga bebas buat semuanya’

‘Bagus Emma bagi anak explore semua benda macam budak zaman dulu-dulu. Mandi lumpur pun dibiarkan’