Aktress dikenali dengan nama Ummi Nazeera ini sememangnya memiliki bakat cukup luar biasa. Seorang pelakon wanita yang sentiasa memberikan yang terbaik bila membintangi karakter diberikan, akhirnya bakat yang ada pada Ummi Nazeera dapat perhatian ramai dan dihargai dengan meraih anugerah.
Antara lakonannya yang cukup menjadi adalah sebagai Hayfa dalam drama Risik Pada Hati di samping Alif Satar yang juga bakatnya bukan calang-calang. Malah menerusi judul itu ramai juga akui turut beremosi dengan lakonan Ummi Nazeera.
Bagaimanapun baru-baru ini, Ummi Nazeera berkongsikan mengenai anaknya yang masih kecil di aplikasi Tiktok. Menerusi muat naik itu, dipaparkan Ummi Nazeera berlari masuk ke dalam bilik menuju ke arah anaknya yang sedang ‘menangis’.
Namun rupa-rupanya anak Ummi Nazeera hanya berpura-pura berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian ibunya. Pelakon wanita itu punyalah bergegas! Berikut adalah muat naik paparan anak Ummi Nazeera bijak berlakon kenakan ibunya itu:
Malah di ruangan kapsyen perkongsian ini, Ummi Nazeera turut menceritakan perkara yang terjadi. Sempat juga Ummi tagged suaminya di perkongsian tersebut.
“Bila tengah kerja tiba-tiba anak menangis. Panik lah lari keluar. Lepas tu, tengok-tengok la tak de air mata pun. Nak attract attention je rupanya. Your daughter @izzar”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui terhibur dengan gelagat anak Ummi Nazeera yang pandai berlakon mengenakan ibunya itu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:
“Bagus dah praktis berlakon dari kecik”
“Sebagai seorang ibu kalau anak menangis ibu menangis sama tak sanggup tengok anak menangis naluri seorang ibu”
“Anak pun kecik2 dah pandai berlakon ehh…Pandai dia”
“Bila ibunya seorang pelakon..kenapa tidak anaknya”