Atikah Suhaime ‘menjerit’ terima bunga besar, “Bagus betul, attitude sangat bagus”

Sponsored

Pelakon, Atikah Suhaime menarik tumpuan peminat dan netizen sekali lagi apabila dia memuat naik satu rakaman video menerima bunga besar daripada seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya, Datuk Lokman Teh.

Sebelum ini, dia dan jejaka tersebut mendapat perhatian di media sosial namun terbaharu, Atikah Suhaime berkongsikan video dia menerima hadiah sweet yang membuatkan hantaran tersebut menjadi tumpuan ramai.

Sponsored

Terima hadiah istimewa

Pelakon kelahiran Singapura ini dilihat sedang santai duduk namun kehadiran seorang lelaki yang membawa bunga merah kepadanya mengundang pelakon ini sendiri dalam pada masa yang sama terkedu.

Sponsored

Sehinggakan Atikah Suhaime juga menjerit kerana terkejut dengan pemberian istimewa diterimanya itu. Atikah Suhaime bagaimanapun menjadi perbualan ramai diruangan komen apabila rata-ratanya terhibur dengan reaksi diberikan sepanjang melihat hadiah diberikan ini kepada dirinya.

“Thank you sayang,” tulis ringkas Atikah Suhaime diruangan kapsyen pula namun peminat juga memuji sikap dan cara pelakon jelita yang menghargai pemberian kekasihnya itu.

Sponsored

‘Lepas kahwin dapat pokok bunga sekali pasu, tahan lama katanya’

‘Bagus betul Atikah ni, attitude sangat bagus. Sangat menghargai, suka orang macam ni. Orang pun happy nak bagi hadiah’

‘Hahaha aku ulang sampai 3x sebab nak tengok muka dia yang oooo. Hehehe’

‘Excited betul ni, saya dapat 3 kuntum redrose pun senyum sampai telinga dah’