Beberapa isu timbul dalam satu rancangan realiti TV berjudul Famili Duo Ahad lalu telah membuatkan ramai tertarik untuk memberikan teguran kepada produksi stesyen televisyen berkenaan.
Terbaharu Maestro muzik terkenal, Aubrey Suwito pula beri teguran mengenai situasi yang sedang kecoh kini. Dalam satu muat naik di Twitter, Aubrey menulis sesebuah program TV perlu lebih tegas dan mempunyai cara yang lebih baik untuk menegur peserta.
“Lagi banyak komen pedas, lagi bagus. Panas! Viral!”
Dalam tulisan itu Aubrey Suwito tegur mengenai TV hiburan di Malaysia buat hal lagi. Dakwanya lagi banyak komen pedas lagi bagus. Bikin panas dan viral serta menjadi isu. Malah penonton pun suka benda sebegini.
Beri kesan pada industri muzik dan artis
Tambahnya lagi, Aubrey berpendapat perkara sebegini boleh memberikan kesan kepada perkembangan artis dan industri muzik Malaysia secara keseluruhannya. Baginya setiap genre muzik ada perbezaan dan cara nyanyiaannya.
“Adakah anda sangka pemain bola boleh jadi pemain tenis dan hoki yang baik?”
Pentingkah artis kena jadi versetail?
Malah Aubrey turut memberikan contoh tentang genre keroncong yang dibawakan Sissy Iman dan Naim Daniel pada malam itu.
Selain itu juga sudah tentu sesetengah penyanyi boleh mempersembahkan pelbagai genre. Tapi adakah itu yang kita mahukan?
Fokus pada kekuatan dan keunikan artis
Tulis Aubrey lagi setiap minggu TV hiburan mahukan artis untuk jadi verstail. Aubrey turut mencadangkan supaya kita fokus kepada keunikan dan kekuatan yang ada pada penyanyi itu dari memalukan mereka.
Tambah Aubrey Suwito tegur mengenai isu ini lagi, dia berpendapat memalukan orang ketika bersiaran langsung harus dihentikan. Kalau mahu marah tunggu lepas habis rancangan.
Hentikan memalukan peserta
Sempat juga Aubrey memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi yang dimalukan dalam sesebuah rancangan itu.
“Saya rasa henti memalukan peserta secara langsung di TV..”