Pada September tahun lalu pasangan selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ana Nayla. Kehidupan pasangan bahagia ini semakin ceria dengan kehadiran puteri mereka yang mana kini membesar dengan sangat comel.
Meskipun begitu, disebabkan kerja Ayda Jebat dan suami baru-baru ini menjadi sorotan ramai ibu bapa di luar sana yang turut merasa kesedihan mereka apabila terpaksa meninggalkan anak kerana kerja. Ayda jebat berkata dia akan mengumumkan sesuatu yang istimewa tidak lama lagi.
Tetapi dia yang ketika terbang ke Taiwan bagaimanapun tidak dapat menahan air mata yang diibaratkan oleh Ayda Jebat sebagai menangis dalam tawa. Hal ini disebabkan, dia terpaksa meninggalkan Ana Nayla selama 12 hari. Dia dan suami akui bahawa mereka baru faham ibu bapa yang terpaksa tinggalkan anak lama dan jauh.
Selain Ayda Jebat dilihat menangis, Nabil Mahir juga cuba menahan rindunya dengan mencium bantal dan selimut anaknya. Kesedihan Ayda Jebat dan suami bagaimanapun turut dirasai oleh warganet yang mana cukup memahami perasaan mereka apabila perlu meninggalkan anak.
Dalam pada itu, netizen turut hadir dengan meninggalkan pelbagai reaksi terhadap pasangan berkenaan yang mana 12 hari perlu berjauhan dengan anak bukanlah satu perkara yang mudah.
‘Kerja 8 jam pun teringat nak cepat je balik…’
‘Anak kena gigit nyamuk pun kita risau…’
‘Kalau boleh, sarung bantal…’