Ayu Puteh Dedah Ira Pernah Minta Syamsul Pulang Ke Pangkuan Keluarga, “Sudah Terlanjur Mencintai…”

Sponsored

Jumaat lalu rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pernikahan di antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar di Thailand. Berita tersebut diumumkan sendiri oleh pengarah itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Susulan pengumuman ini, semua platform media sosial dipenuhi dengan komen-komen mengkritik dan mengecam tindakan pengarah popular ini. Tidak terlepas, Ira Kazar yang dituduh sebagai perampas dan pemusnah kebahagiaan rumah tangga Puteri Sarah.

Sponsored

Terbaru, kenalan Ira Kazar iaitu Datuk Ayu Puteh mendedahkan wanita itu pernah meminta Syamsul untuk pulang ke pangkuan isteri dan anak-anaknya. Namun Syamsul tidak memberikan sebarang komen mengenai permintaan Ira itu dan meneruskan hubungan mereka berdua.

Menurut Ayu, dia tahu mengenai hubungan cinta di antara Ira dan Syamsul semasa isu tersebut menjadi bahan gosip. Malah dia juga pernah menasihatkan Ira untuk tidak meneruskan hubungan tersebut memandangkan status Syamsul sebagai suami orang.

Sponsored

“Katanya, dia pun tak pernah terfikir nak ganggu rumah tangga orang. Tapi sudah terlanjur saling mencintai. Ira dan Syamsul pun pernah bincang untuk tak teruskan hubungan dan anggap tak ada jodoh.”

Difahamkan, Ayu mula mengenali Ira semenjak wanita itu berusia 19 tahun lagi dan berkawan dengan anak-anaknya. Menurutnya, Ira juga sering datang ke rumahnya sebelum ini dan melakukan aktiviti bersama anak-anaknya di rumah.

Sponsored

Tidak menyokong perbuatan Ira

Ayu menjelaskan pendedahan yang dibuat ini bukan bermaksud dia menyokong tindakan Ira apatah lagi ada banyak pihak yang perlu dijaga hatinya terutamanya Datuk Yusof Haslam yang cukup dihormatinya. Tambahnya, dia tidak boleh komen terlalu banyak mengenai isu ini kerana ada beberapa perkara yang tidak semua tahu mengenainya.

“Tetapi apa pun, keputusan di tangan lelaki, yang nak akadnya, lelaki. Saya percaya Syamsul tahu apa yang dia buat. Dia tentunya masih sayangkan isterinya. Ira juga tahu Syamsul sayangkan Sarah.”

Sebelum ini, Syamsul meleraikan pelbagai spekulasi tentang hubungannya bersama Ira Kazar dengan berita pernikahannya itu. Pengarah tersebut sah telah berkahwin dua dengan wanita itu berwalikan bapa pengantin perempuan, Kazar di Thailand pada minggu lalu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberutusan