Sebelum ini, tular mengenai kejadian yang berlaku pada pelakon Fasha Sandha apabila dia mengalami kecederaan semasa berlakon bersama Azhan Rani di set penggambaran. Pelakon wanita itu memberitahu mata kirinya itu juga mungkin bakal dibedah namun perlu menunggu masa yang sesuai.
Difahamkan, Fasha Sandha telah kembali ke set penggambaran untuk meneruskan penggambaran drama yang masih belum selesai sebelum ini. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Azhan Rani yang turut memuat naik gambarnya bersama pelakon wanita itu.
Di dalam gambar yang dikongsikan itu juga, kelihatan Fasha dan Azhan berada di set penggambaran dan meneruskan tugas mereka sebagai pelakon. Malah keadaan mata pelakon wanita itu juga kelihatan semakin baik dan tidak lagi bengkak seperti sebelum ini.
“Dah lama tak berlakon beriya-iya.”
Ramai beri kata-kata semangat
Perkongsian dari Azhan Rani ini turut dihujani dengan kata-kata semangat dari rakan artis dan peminat yang mendoakan tiada lagi insiden buruk yang berlaku. Netizen juga berharap Azhan Rani tidak rasa bersalah atau terganggu dengan kejadian yang berlaku sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon lelaki itu. Ini kerana sebelum ini dia pernah ditegur oleh individu yang meminta Azhan untuk tidak berlakon terlalu beriya-iya sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada rakan gandingannya.
“Sentiasa berlakon beria ia untuk penonton tengok, nanti jadi geram bila tengok drama ni.”
“Hanya pelakon beria je kita nak tengok tau.”
Terdahulu, Fasha Sandha mengalami kecederaan di set penggambaran semasa melakonkan satu babak bersama Azhan Rani. Pelakon wanita itu hilang keseimbangan diri semasa ditolak sekaligus menyebabkan kepala dan matanya terhantuk pada bahagian bucu katil.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.