Baby Shima Akui Sudah Jadi Orang Indonesia, “Ambik Yg Ni, Aina Abdul Pulang Balik”

Sponsored

Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini semakin berjaya di negara seberang, Baby Shima sememangnya tidak lekang dengan pelbagai kritikan warganet. Meskipun penyanyi berbakat ini hanya membuat hal sendiri dan tidak mengendahkan, namun nampaknya netizen di Malaysia masih ‘sayang’ dan ambil peduli tentangnya.

Terbaharu, satu perkongsian rakaman dengan paparan Baby Shima muncul dalam salah sebuah rancangan temubual di Indonesia ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu dipaparkan Baby Shima dilihat bergurau bangga sudah menjadi orang Indonesia.

Sponsored

Malah penyanyi itu turut mengeluarkan Kad Pengenalan (KPT) Indonesia dari poketnya bagi menyokong kenyataan tersebut. Selain itu Baby Shima juga mengakui sudah menjadi orang di negara seberang berkenaan.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Baby Shima bangga akui sudah jadi orang Indonesia yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun Zizy Azman:

Sponsored

Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli di dalam rancangan bual bicara itu, Shima akui sudah jadi orang Indonesia. Perkongsian rakaman Baby Shima bangga akui sudah jadi orang Indonesia ini telah mencuri perhatian warganet.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang seronok bila Baby Shima akui sudah menjadi rakyat Indonesia. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

Sponsored

“Amik terus n tolong stay sana jer”

“Hak dia lah mau jadi orang Indonesia atau negara lain. Rejeki gak akan tertukar”

“Kerakyatan boleh ada 1 je kan? Macam mana dia boleh ada ktp sana..Maksudnya IC dia dah tak valid la?”

“Dia mengaplikasikan peribahasa ‘berdirila dimana engkau dihargai'”

SumberTikTok