“Bagus dua beradik ni”- Cakap bahasa Melayu, video Amelia Henderson & adik jadi tumpuan ramai

Sponsored

Siapa follow rancangan temu bual berjudul Studio Sembang yang dikendalikan pelakon, Amelia Henderson sebagai hos tentu mengikuti episod terbaharu antara Amelia Henderson dan adik lelakinya sendiri yang dikenali sebagai Alex atau Alexander Rudra Keith Henderson.

Selepas sekian lama peminat Studio Sembang akhirnya dapat melihat rancangan dikendalikan oleh Amelia Henderson itu menjemput adik lelakinya sebagai tetamu jemputan. Studio Sembang merupakan rancangan yang memaparkan Amelia Henderson bersama rakan-rakannya bersembang pelbagai topik dan disebabkan adiknya menjadi tetamu jemputan, ramai dapat mengetahui serba sedikit tentang mereka.

Sponsored

Alex adik Amelia Henderson

Difahamkan Alex adalah seorang pelakon suara Malaysia dan kemunculannya dalam rancangan tersebut membuatkan ada yang mengenalinya. Namun begitu, satu klip video pendek yang tular ini membuatkan Amelia Henderson dan Alex mencuri tumpuan ramai dengan cara percakapan mereka.

Sponsored

Selebriti kacukan India-Scotland itu bagaimanapun diketahui umum merupakan pelakon yang fasih bercakap bahasa Melayu namun percakapan adiknya membuatkan ramai tertarik apabila dia juga boleh bercakap dengan baik dalam bahasa Melayu.

Perkara itu membuatkan Alex dipuji netizen selain diruangan komen peminat juga berbicara mengenai kecomelan mereka yang ada berpendapat mereka seperti kembar.

Sponsored

‘Sama gilaa cara dorang bercakap hahaha’

Amelia Henderson


‘Pandai cakap Melayu jugak adik dia ni’

‘Tak pernah tahu yang alex can speak Malay’

‘Adik dia yang suara Boboiboy kat app and Boboiboy english version’

Amelia Henderson