“Bagusla, jawapan sangat matang”- Ditanya tentang Redza Rosli, netizen suka respon Ayda Jebat di Melodi

Sponsored

Buat peminat drama tempatan, gandingan pelakon Ayda Jebat dan Redza Rosli sebelum ini tidak dinafikan ramai yang suka sehingga digosipkan bersama. Walau bagaimanapun, terdahulu ramai yang mendakwa hubungan mereka telah berakhir dan Ayda Jebat juga kini bahagia dengan suami, Nabil Mahir dan seorang cahaya mata.

Menerusi satu program, Ayda Jebat nampaknya tampil di temubual oleh pihak Melodi bagi menjawab pertanyaan tentang lakonan dia dan Redza Rosli. Sebelum ini, gandingan Ayda Jebat dan pelakon lelaki berkenaan dalam drama berjudul, Ku Kirim Cinta berjaya mencuri tumpuan peminat drama tempatan.

Sponsored

Pernah bergandingan dalam drama

Oleh disebabkan hal itu, pihak Melodi bertanyakan kepadanya, “Ditanya jika ada Pengarah nak Ayda Jebat berlakon dengan Redza Rosli. Ini jawapan Ayda Jebat,” dan Ayda Jebat bagaimanapun tidak cepat melatah namun memberikan jawapannya selepas pertanyaan tersebut diungkapkan.

Sponsored

Ayda Jebat berkata jika ada peluang, dia tidak akan dan dalam pada masa yang sama perlu respect pelbagai pihak. Ujarnya lagi, dia juga ingin mengelak gosip tidak sepatutnya kerana turut perlu mengambil kira pelbagai aspek.

@melodiberapi

Ditanya jika ada Pengarah nak Ayda Jebat berlakon dengan Redza Rosli.. ini jawapan ayda jebat.. #meloditv3 #fypシ #panas #panas #sensasi #kontroversi #ceritahariini

♬ original sound – Melodi – Melodi

Muatnaik klip video tersebut membuatkan ramai tampil memberikan pujian terhadap jawapan Ayda Jebat yang dikatakan matang.

Sponsored

‘Yes exactly selagi boleh elak, better elak melainkan kalau dah takde job’

Ayda Jebat

‘Sejak dah ada anak makin matang, bagus jawapan dia. Terbaik’

‘Sama macam jawapan Lesty, jawapan wanita yang baik’