Bantuan Tuala Wanita Dari KKM, Ramai Pertikaikan Kenapa Bermula Di Pejabat Menteri, “Nak Tolong Siapa Ni?”

Sponsored

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bakal melaksanakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma bagi memerangi isu kemiskinan haid. Usaha ini dimulakan bagi membantu wanita dari golongan kurang berkemampuan untuk membeli tuala wanita setiap bulan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memberitahu sebagai permulaan inisiatif tersebut akan dimulakan di pejabatnya sendiri. Tambahnya, inisiatif tersebut yang turut mendapat sambutan di peringkat global ini akan dikembangkan di seluruh kementeriannya.

Sponsored

Pengumuman itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi di media sosial di mana rata-ratanya mempersoalkan lokasi yang dipilih KKM. Malah netizen turut mempertikaikan mengapa tandas di pejabat menteri yang dipilih sebagai permulaan untuk inisiatif ini.

Menurut netizen, lokasi tersebut tidak sesuai kerana seharusnya diberikan kepada rakyat yang memerlukan daripada kakitangan yang bekerja di sana. Ada juga yang menyusulkan KKM untuk mulakan inisiatif itu di kawasan pedalaman yang lebih memerlukannya.

Sponsored

Tambahan pula, mereka yang tinggal di kawasan pedalaman adalah kebanyakan mereka yang tidak mampu untuk membeli tuala wanita berbanding yang berada di bandar. Susulan pengumuman itu juga, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

Namun ada juga yang berpendapat keputusan yang diambil oleh KKM ini adalah untuk membantu pekerja dari golongan B40 yang tidak berkemampuan. Tambahan pula, ini hanyalah sebagai permulaan sahaja di mana ia kemudian akan diperluaskan lagi pada masa hadapan.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter