Pada Ogos tahun lalu, sebuah lagu daripada penyanyi lelaki dari Rusia yang dikenali sebagai Amirchik di media sosial ternyata mendapat perhatian begitu cepat di Malaysia. Meskipun begitu, dia mendapat idea untuk merakamkan lagu tersebut dalam bahasa Melayu.
Ini kerana selepas lagu itu telah mendapat sambutan positif daripada peminat Malaysia malah namanya juga semakin popular dan menjadi sorotan ramai di media sosial. Walau bagaimanapun, terbaharu nampaknya Amirchik telah muncul di rancangan hiburan popular, MeleTOP.
Jadi tetamu rancangan MeleTOP
Kehadirannya sebagai tetamu jemputan di MeleTOP itu membuatkan Amirchik menarik perhatian ramai apabila dia juga sempat berkongsikan makanan yang sama di negaranya ketika berada di Malaysia.
Lebih menarik tumpuan penonton MeleTOP lagi apabila penyanyi ini menyanyikan lagu popularnya itu namun versi Melayu yang diberi judul Cinta Ini. Dia sempat membuat persembahan secara live ditonton ramai serta dua pengacara MeleTOP iaitu Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana.
Perkongsian MeleTOP tersebut ternyata tidak disangka-sangka menerima komen negatif daripada segelintir individu namun kebanyakan netizen tampil ‘backup’ penyanyi dari Rusia itu yang dijemput ke rancangan tersebut selain memuji kerana dia belajar bahasa Melayu.
‘Korang ni ape lah, orang luar negara boleh accepted kita punya budaya, kenapa kita always nak kecam ea…’
‘At least bahasa Melayu dia, nyanyian dia…’
‘Suara dahlah sedap nyanyi lagu Melayu lak…’
‘Wah dia pandai bahasa Melayu ea…’