Baru Episod Pertama Melur Untuk Firdaus 2, Ramai Akui Seronok Tengok ‘Chemistry’ Dua Pelakon Utamanya!

Sponsored

Buat peminat drama tempatan pastinya sedar Melur Untuk Firdaus musim kedua sudah pun mula ditayangkan episod pertama semalam. Drama yang memaparkan Anna Jobling sebagai Melur dan Meerqeen sebagai Firdaus ini memiliki barisan peminatnya sendiri.

Disebabkan dua pelakon ini juga drama tersebut sebelum ini menjadi satu fenomena yang mana peminatnya bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran juga iaitu Indonesia.

Sponsored

Ternyata chemistry yang ada pada Meerqeen dan Anna Jobling menerusi lakonan dalam drama ini sebelumnya membuatkan ada yang menyangka pelakon ini bercinta dalam dunia nyata.

Malah baru episod pertama Melur Untuk Firdaus 2 disiarkan, ramai peminat mereka akui suka tengok dua pelakon ini di kaca televisyen.

Sponsored

Dalam satu perkongsian di Instagram, Anna Jobling akui teruja dengan tayangan episod pertama Melur Untuk Firdaus 2.

“Anna excited sangat malam ni! Siapa lagi yang excited? Jangan lupa malam ni tau, first episode for Melur Untuk Firdaus 2!”

Sponsored

Selepas sahaja selesai tayangan tersebut, Anna memuat naik pula foto dirinya bersama Meerqeen dan bertanyakan bagaimana dengan episod tersebut kepada pengikutnya di Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menjawab teruja menyaksikan lakonan pasangan pelakon ini. Malah diakui ‘chemistry’ yang ada pada Meerqeen dan Anna Jobling membuatkan penonton suka tengok.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian menerusi Instagram Anna Jobling ini:

“Haiss ada season 2 nih abang fir tak nak taubat kah daripada menyakiti hati Melur. Gerammmm nya”

“So cute lah Melur dan Firdaus nih. Sampe2 salting lah aku lihat kalian berdua. Bisa2 nya Melur peragain suara hewan”

“Sweet lah episod 1 nampak bukan macam Melur Fir hahaha buat2 tak nampak je lah”