Baru Nak Lega Mampu Jawab Soal Kahwin, Sharifah Amani Tergamam Ditanya Soal Anak Pula, “Mana Baby?”

Sponsored

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Amani berkongsikan pengalamannya menghadiri majlis perkahwinan bersama suaminya. Macam yang semua sedia maklum, pelakon wanita itu sudah selamat mendirikan rumah tangga September lalu dengan Ahmed Faris Othmen.

Menurut pelakon bertubuh genit ini, dia telah melalui satu pengalaman melucukan semasa menghadiri sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini. Salah seorang mak cik yang ditemuinya telah bertanyakan bilakah pelakon wanita itu akan berkahwin.

Sponsored

Oleh kerana kini dia sudah selamat berkahwin, Sharifah Amani tenang menjawab soalan tersebut dan mengakui lega buat pertama kalinya dapat menjawab soalan itu. Namun pelakon itu kemudian tergamam apabila dia disoal pula tentang anak oleh wanita yang sama.

“Baru nak rasa best Aunty tu tanya pulak, mana baby?”

Sponsored

Hantaran yang dimuat naik oleh Sharifah Amani di Twitter itu turut membuatkan rata-rata netizen berasa terhibur melihatnya. Malah ramai yang berseloroh pastinya ramai yang pernah melalui pengalaman yang sama dan menerima soalan tersebut semasa menghadiri majlis perkahwinan.

Reaksi netizen

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berkongsikan tips untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan yang diajukan oleh mak cik-mak cik di kenduri kahwin. Dalam masa yang sama, Sharifah Amani memberitahu dia langsung tidak terkesan atau terasa hati dengan soalan itu sebaliknya merasakan ia satu pengalaman yang lucu.

Sponsored

Pelakon Sharifah Amani selamat disatukan dengan pasangannya pada 10 September lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat. Majlis pernikahan itu juga adalah kali pertama pelakon itu mendedahkan wajah suaminya yang selama ini menjadi tanda tanya peminat.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter