Beg Berjenama Pemberian Bapa Dikecam ‘Low Class’, Gadis Ini Dijemput Pihak Charles & Keith

Sponsored

Sebelum ini, tular di media sosial kisah seorang gadis yang menerima kecaman segelintir netizen yang mengutuk hadiah beg pemberian bapanya. Di dalam video yang tular itu, gadis tersebut berkongsikan keterujaannya menerima hadiah beg berjenama buat kali pertama dari bapanya.

Namun ada pula yang mengutuknya dan berkata beg dari jenama tersebut hanyalah ‘low class’ dan bukannya jenama hebat yang patut dibanggakan. Malah ada yang membandingkan beg dari jenama-jenama lain yang patut digelar sebagai beg mewah.

Sponsored

Susulan kecaman yang diberikan itu, gadis tersebut tampil menjelaskan hadiah itu diberikan oleh bapanya dan itu adalah kali pertama dia menerima beg mewah dari jenama itu. Tambahnya, dia bukanlah dari keluarga yang senang seperti orang lain yang menganggap mungkin jenama beg itu biasa-biasa sahaja.

Perkongsian gadis itu kemudiannya menerima sokongan dari orang ramai yang memahami keterujaan gadis itu menerima hadiah beg pertama dari bapanya. Malah netizen turut mengutuk tindakan segelintir individu yang menghancurkan kegembiraan gadis itu berkongsikan hadiah tersebut.

Sponsored
@zohtaco

Replying to @cressy i am so happy and grateful for you, that you can consider charles and keith not a luxury. also btw if you google it, lots of sources do classify them as a luxury brand. so.

♬ original sound – zoe 🦋 – zoe 🦋

Terima jemputan

Nampaknya isu yang tular ini turut sampai ke pengetahuan pihak Charles & Keith di mana mereka menjemput gadis itu dan bapanya ke HQ mereka. Menurut jurucakap syarikat itu, mereka berasa terharu melihat bagaimana gadis itu memberikan respon terhadap kutukan yang diberikan netizen.

“Kami sangat kagum dengan cara dia mengendalikan situasi itu, mempamerkan kebijaksanaan jauh melebihi usianya.”

Sponsored

Difahamkan, gadis itu dan bapanya dijemput makan tengahari di HQ Charles & Keith dan turut berkesempatan melawat kawasan di dalam pejabat utama syarikat itu. Setakat ini, video yang dimuat naik gadis itu di Tik Tok telah meraih hampir 10 juta tontonan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.