Bekas Peguam Jelaskan Sebab Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Boleh Disita, “Hadam Betul2 Taw”

Sponsored

Persengketaan antara balu arwah Abam, Hidayah dengan adik iparnya, Ali Puteh nampaknya masih belum nampak bayang pendamaian. Sebelum ini tular dengan satu video dimuat naik Hidayah yang kehadirannya ke rumah arwah suaminya tidak dilayan oleh ‘pihak belah sana’.

Malah isu Ali Puteh diarahkan untuk membayar RM60,000 juga masih belum selesai. Sebelum ini juga Ali Puteh menjelaskan akan bayar jumlah diarahkan mahkamah tersebut secara ansuran.

Sponsored

Namun begitu, terbaharu kecoh pula apabila pelawak tersebut tidak berpuas hati rumah arwah ibunya bakal disita kerana kegagalan membayar jumlah tersebut. Kata Ali Puteh, pertikaian itu tiada kena mengena dengan harta arwah ibunya.

@melodiberapi

Nampaknya pertelingkahan antara Ali Puteh dan Norhidayah semakin berpanjangan.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #aliputeh #norhidayah

♬ original sound – Melodi – Melodi

Bagaimanapun, seorang bekas peguam jelaskan sebab rumah arwah ibu yang dihadapi oleh Ali Puteh kini itu. Menurut pemilik akaun TikTok dengan nama Reinalum ini, memandangkan ibu Ali Puteh sudah meninggal harta itu bukan milik arwah lagi.

Sponsored

Malah orang sudah meninggal tidak boleh memiliki harta. Jadi rumah itu mungkin menjadi milik Ali Puteh sebagai anak dan sebab itu mahkamah boleh bertindak demikian jika pelawak tersebut tidak dapat melunaskan arahan bayaran sebelum ini.

Selain dari itu, gadis yang juga bekas peguam jelaskan sebab tersebut turut memberitahu rumah berkenaan jika disita akan dijual untuk menjelaskan bayaran kepada Hidayah. Lebihan dari jual rumah itu akan dipulangkan kepada Ali.

Sponsored

Berikut adalah rakaman penuh penjelasan gadis ini mengenai isu yang dihadapi Ali Puteh berkenaan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui penjelasan ini sangat mudah untuk difahami. Malah ada yang meminta Ali Puteh untuk fahamkan mengenai perkara berkenaan.

“tq..dh fhm 100%.. @aliputeh dgr nie..hadam btol² taw..”, tulis seorang pengguna TikTok.

SumberTiktok