Nampaknya kisah antara pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Kedua-dua individu ini saling berbalas kenyataan di sosial media selepas putus tunang. Sebelumnya Anju dan bekas tunangnya sering memuat naik foto kemesraan dan berkongsikan kisah percintaan mereka di sosial media menyebabkan orang ramai tahu apa yang terjadi.
Terbaharu bekas tunang Anju pula memuat naik kenyataan pelbagai mengenai selebriti wanita tersebut menerusi TikTok miliknya. Dalam perkongsian terbaharu, Datuk Seri Khazrul Elzey meluahkan supaya Anju tidak perlu memulangkan cincin pertunangan mereka dan anggap sahaja ia sebagai hadiah.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila bekas tunang Anju ada menulis mengenai kisah pagar yang dibina ketika mereka bersama. Berikut adalah muat naik yang diluahkan oleh bekas tunang Anju di TikTok lelaki ini:
Selain dari luahan itu sempat juga bekas tunang Anju ini memberitahu orang ramai yang dia sedang mencari pengganti selebriti berkenaan. Ahli perniagaan berusia 45 tahun itu turut akui mahu move on dari apa yang berlaku.
Apa-apa pun meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
“Masa ngan Anju pun ramai yang minat kat Dato’ ni. Kan dah solo lagi lah ramai yang minat Dato”
“Mari kita tengok siapa yang lulus”
“Dato silent is better…Chill Allah uji hambaNya yang mampu dan layak menerima ujian”