Bella Astillah anggap kes selesai, enggan berbicara soal ‘itu’ lagi

Sponsored

Sejak minggu lalu industri hiburan tanah air kecoh dengan kontroversi yang melanda rumahtangga Bella Astillah dan Aliff Aziz. Biarpun ianya bukanlah kali pertama, namun kali ini Bella Astillah mengambil langkah dengan mendedahkan apa yang terjadi sebelum perkara tersebut menjadi lebih jauh.

Sebelum ini Bella Astillah mendedahkan ada seorang aktress yang mengakui tersuka suaminya, Aliff Aziz. Bella turut mendedahkan beberapa paparan perbualan dia bersama pelakon wanita itu.

Sponsored

Bella beri sebab dedahkan…

Kemudiannya Aliff Aziz menyebut nama pelakon tersebut membuatkan ramai tertarik untuk mengetahui latar belakang Sophia Albarakbah. Namun begitu, baru-baru ini ketika ditemu bual oleh Melodi, Bella bercerita lanjut mengenainya.

Berikut adalah perkongsian temubual Bella Astillah mengenai isu sedang dihadapinya kini itu:

Sponsored

Tambahnya lagi, dia akui ada yang menegur untuk selesaikan perkara ini di belakang dan nasihatkan suami dulu. Namun katanya jika digoda setiap hari, iman seseorang pasti goyah sebagai manusia.

@melodiberapi

Betul la tu apa yang Bella Astillah buat!! Siapa tak marah kalau ada orang kacau suami kita #meloditv3 #fypシ #tv3 #panas #sofiaalbarakbar #bellaastillah #alifaziz

♬ original sound – Melodi – Melodi

“Tapi kalau hari-hari orang datang manja-manja..”

Dalam temubual tersebut Bella memberitahu dia bertindak sebegitu untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku kepada keluarganya. Katanya dia bimbang perkara ‘itu’ berulang kembali kerana penggambaran drama tersebut masih ada sebulan lagi.

Sponsored

“Kalau saya tak buat macam ni, apa kesudahannya? Kalau nak kata saya kena nasihat suami dulu, betul itu memang cara yang tepat.

“Tapi kalau hari-hari orang datang manja-manja, nak rehearsal tak boleh kalau tak ada hero. Kita elak, tapi kalau hari-hari takut juga kalau suami saya tersuka macam mana?

Selain itu Bella turut berpendapat dia tidak bersetuju kalau sampai ke tahap pologami. Jadi sebelum ianya terjadi dia lakukan pendedahan tersebut.

Betulkan niat berlakon untuk cari rezeki

Bella juga menasihatkan supaya pelakon wanita itu membetulkan semula niat untuk mencari rezeki yang halal buat keluarga.

“Kepada pihak sana, kita kalau berlakon kena betulkan niat untuk mencari rezeki terutama untuk keluarga kita,” kata Bella.

Enggan bicara soal ‘itu’ lagi

Dalam pada itu, memetik laporan Kosmo! Bella Astillah anggap kes selesai dan enggan berbicara mengenai perkara tersebut lagi. Kata Bella, Aliff sendiri pun sudah keluarkan kenyataan dan dia sendiri turut menjelaskan apa yang terjadi sebelum ini menerusi Instagram miliknya.

Jadi sudah tiada apa yang perlu diperkatakan lagi dan Bella Astillah anggap kes selesai dan tidak perlu bercakap mengenainya lagi.