Bella Astillah Dedahkan Bukti Perbualan Dengan Sophia, “Konon Tak Nak Involve Satu Malaysia..”

Sponsored

Selepas pendedahan Bella Astillah mengenai ada aktress yang akui telah tersuka suaminya, Aliff Aziz, pelbagai spekulasi timbul dan diperkatakan ramai. Biarpun begitu, dalam pendedahan itu Bella Astillah tidak menyebut sebarang nama dan hanya mengatakan pelakon tersebut kini sedang berlakon di lokasi penggambaran bersama suaminya.

Tindakan sesetengah warganet yang ‘berkampung’ di ruangan komen Instagram seorang pelakon wanita ini turut menguatkan lagi spekulasi bahawa individu itu adalah Sophia Albarakbah.

Sponsored

Terbaharu Bella Astillah mendedahkan perbualan Whatsap dengan pelakon wanita berkenaan bagi membuktikan pendedahannya sebelum ini bukanlah fitnah semata-mata.

Menulis di ruangan kapsyen pendedahan itu, Bella bertanya kenapa Sophia tidak menghadirkan diri ke press conference (PC) yang berlangsung sebentar tadi. Berikut adalah perkongsian Bella Astillah dedahkan perbualan itu:

Sponsored

Dalam perkongsian Bella Astillah dedahkan bukti perbualan menerusi Whatsap itu dilihat Sophia sudah meminta maaf atas apa yang berlaku. Malah dalam perkongsian sama, satu lagi tangkap layar perbualan mereka turut didedahkan Bella.

Terlihat Sophia merayu pada Bella supaya tidak menghebohkan perkara yang terjadi kerana risau akan kesihatan bapanya. Malah Bella juga turut bertegas untuk berjumpa dengan ibu bapa Sophia.

Sponsored

Selain dari itu, di ruangan kapsyen Bella Astillah dedahkan bukti ini juga akui dirinya berani bagi kenyataan kerana perkara itu benar berlaku. Bella juga beritahu pada awalnya dia sememangnya tidak mahu keluarkan sebarang kenyataan, namun disebabkan Sophia telah keluar kenyataan tak nak heboh satu Malaysia mendorong dia melakukannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing mengenai kontroversi ini seperti berikut:

“Kalau nak kata suami pun sama jugak..Tapi apa2 kena bendung jugak yang penyondol ni..Suami mula2 tak nak..Tapi kalau dah penyondol tu asyik merayu menggoda..”

“Kenapa salahkan Sophie je?…Ur husband memang dari dulu lagi suka ngorat2. Jangan salahkan belah perempuan je sis”

“Belum bertemu ‘buku dan ruas’..Semoga cepat2 taubat agar hukum Allah SWT tak datang”