Pelakon dan penyanyi berbakat dikenali dengan nama Bella Astillah ini sememangnya memiliki barisan peminatnya sendiri. Keistimewaan dan bakatnya menjadikan Bella Astillah antara selebriti yang cukup disenangi ramai.
Terbaharu, Bella Astillah tampil menjadi salah seorang peserta dalam Famili Duo berpasangan dengan sepupunya, Wani Kayrie. Setiap minggu persembahan pasangan ini antara yang dinanti-nantikan oleh para peminat dan penonton.
Pada minggu ini Bella Astillah dan Wani Kayrie mempersembahkan lagu berjudul Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor. Perkongsian video Bella Astillah masa latihan sebelum persembahan tersebut telah menjadi perhatian ramai.
Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Bella Astillah masa latihan vokal yang nampaknya agak teremosi di situ:
Perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Bella Astillah ini sendiri memaparkan penyanyi kecil molek itu tidak dapat menaham sedih ketika menyanyikan lagu tersebut.
Manakan tidak lirik lagu ini memang mendalam maksudnya apatah lagi penyanyi asalnya sudah meninggal dunia. Kerisauan Bella tersebut ditenangkan oleh peminatnya dengan rata-ratanya memberikan sokongan kepada selebriti itu. Berikut antaranya:
“Lagu berat memang tiap kali dengar suara nangis cam ne ni..”
“Betul tu bell..Menusuk ke hati ooo….Al-Fatihah untuk arwah kak Adiba. Lagu ini ada aura tersendiri”
“Kan..Kalau nyanyi lagu ni auto nangis”
Bagaimanapun, pada malam tadi persembahan Bella Astillah dan Wani Kayrie berjaya meraih perhatian ramai.