Bella Astillah Mimpi Ular Dan Sakit Tak Boleh Bekerja, Dedah Mungkin Ilmu Hitam

Sponsored

Perbuatan sihir bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main. Amalan khurafat ini boleh memberi kesan dengan memudaratkan kehidupan mangsanya.

Terbaharu pelakon dikenali dengan nama Bella Astillah baru-baru ini mendedahkan dirinya berkemungkinan terkena sihir. Dalam satu temubual bersama Melodi baru-baru ini, Bella Astillah berkongsikan keadaannya yang kini sedang berubat.

Sponsored

Katanya dia jarang update di sosial media kerana kurang sihat. Selain itu Bella Astillah mimpi ular juga menjadi petunjuk tentang keadaan tersebut.

Tambahnya lagi, sejak akhir-akhir ini dia kerap jatuh sakit dan sukar untuknya bekerja seperti hari biasa. Dia tiba-tiba sakit dan suara hilang menyebabkan dirinya sukar untuk melakukan persembahan.

Sponsored

Selain dari itu, anak keduanya sering meracau, menangis dan menjerit-jerit pada tengah malam. Bila dibawa berjumpa doktor, tiada sebarang masalah kesihatan. Disebabkan Bella Astillah mimpi ular dan keadaan anaknya ini juga membuatkan Bella cuba rawatan Islam.

Menurut isteri kepada pelakon dan penyanyi Alif Aziz ini, sebelum kejadian-kejadian tersebut dia langsung tak terfikir mengenai sihir. Sehinggalah keluarga dan dirinya rasa tidak sihat sebegini.

Sponsored

“Saya sangat kecewa dan susah nak maafkan kepada sesiapa yang melakukannya. Impak terhadap rumahtangga saya. Alhamdulillah berkat anak-anak juga saya dan Aliff fight rumahtangga kami.

Bella anak sulung, jaga mak ayah dan anak-anak. Semua orang kenal Bella, seorang yang sangat kuat bekerja. Bila tak dapat bekerja I down”, ujar Bella.

Cerita selebriti dari Sabah ini juga, sebagai salah satu ikhtiar dia dan keluarga cuba menghidupkan rumah dengan bacaan selawat dan solat berjemaah.

Malah sejak dia mula jatuh sakit ini, Bella cuba elakkan berkongsikan foto dirinya bersama suami dan anak-anak demi mengelakkan dari berlaku kejadian sebegini.

SumberMelodi