Sempena tahun baharu yang disambut baru-baru ini, pelakon Emma Maembong juga berkongsikan ending di tahun 2022 di media sosial miliknya apabila dia bersama anak dan suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat bercuti bersama dan Emma Maembong memuat naik beberapa keping foto sepanjang bercuti tersebut.
Umum sedia maklum, pelakon jelita ini semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata lelakinya yang diberikan nama, Shariq Gabriel. Cahaya mata pertama Emma Maembong ini sering mencuri tumpuan peminat anak selebriti dengan kecomelannya yang kini semakin membesar.
Anak Emma Maembong, Shariq Gabriel
Walau bagaimanapun, dalam satu muat naik Emma Maembong di Instagram Story telah tular menjadi tumpuan ramai apabila dia sempat melayan gelagat anaknya itu ketika bercuti. “Bila dia tak nak dukung, tak nak jalan, tak nak buat apa just nak baring, cakap kotor dia nangis. Jadi kita baring sekali.” Tulisnya.
Muatnaik tersebut yang memaparkan gelagat Shariq Gabriel turut tular mendapat pujian warganet dan netizen. Sementara itu, ada juga yang memahami situasi dihadapi oleh Emma Maembong dimana ia perkara biasa dan caranya itu pula dikatakan adalah cara masing-masing.
Dalam pada itu, warganet diruangan komen juga turut memuji cara santai Emma Maembong melayan gelagat anaknya itu selain tercuit hati dengan kecomelan mereka.
‘Cara masing-masing…’
‘Comel ni’
‘Ini baru betul bersantai hahaha’