“Berani phone tu”- Tokti dedah telefon ‘hang’ masa bergambar dengan Gordon Ramsay

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan chef terkemuka dunia ini, Gordon Ramsay. Dia cukup terkenal dengan perwatakan yang tegas dan lantang apabila berbicara. Umum diketahui, restoran yang diasaskan oleh chef terkenal itu telah dibuka lebih kurang beberapa bulan yang lalu di Sunway Resort.

Beberapa selebriti juga pernah berkongsikan foto mereka berpeluang menjamu selera di sana. Namun begitu, perkongsian foto oleh penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti juga nampaknya terbaharu menjadi sorotan ramai apabila dia dilihat disana.

Sponsored

Tokti di restoran Gordon Ramsay

Tokti bagaimanapun dilihat memuat naik beberapa keping foto yang mana dia bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K berada di restoran Gordon Ramsay di Sunway Resort. Dipercayai Tokti menghadiri majlis disana, “A night with MasterChef Gordon Ramsay, Sunway Resort Kuala Lumpur.”

Sponsored

Meskipun begitu, selain kecantikan Tokti dipuji ramai, gelagatnya yang berkongsikan kisah tentang telefonnya turut membuatkan peminat dan pengikut tercuit hati apabila dia berkata bahawa telefon miliknya itu tiba-tiba ‘hang’ dan ini merupakan gambar terbaik yang ada.

Dalam pada itu, perkongsian foto-foto yang mendapat perhatian peminat dan pengikut Tokti di ruangan Instagram (IG) peribadinya itu membuatkan ramai juga tertarik dengan Tokti yang dilihat semakin kurus apabila ada juga yang sempat bertanya akan tips daripadanya.

Sponsored

‘Celah tu la telefon…’

Tokti

‘Ehh Tokti kenapa cantik sangat tu’

Tokti