Berat Badan Naik 10kg, Netizen Usik Watie Semakin Bahagia, “Salah Shuib Lah Ni, Bahagia Sangat…”

Sponsored

Seperti yang semua sedia maklum, pelawak dan usahawan Shuib kini sedang mengenali hati budi seorang wanita dikenali sebagai Watie. Malah Shuib juga memaklumkan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya namun masih belum mempunyai tarikh yang sesuai.

Semenjak dirinya dikaitkan dengan Shuib, apa sahaja yang dimuat naik oleh Watie di Instagram pasti akan menjadi perhatian netizen. Baru-baru ini pula, Watie berkongsikan gambar terkininya bersama kapsyen di mana dia memaklumkan tentang berat badannya yang sudah naik sebanyak 10kg.

Sponsored

“Dari 58kg to 68kg. Nak salahkan siapa sebenaqnya nih.”

Menurut Watie, berat badannya dahulu adalah 58kg sahaja namun sekarang ini dia mengalami kenaikan berat badan dengan mendadak sebanyak 10kg. Dalam masa yang sama, dia turut berseloroh tertanya-tanya siapakah yang sepatutnya disalahkan dalam hal ini.

Sponsored

Perkongsian itu turut meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya mengusik wanita itu yang kini bahagia dengan hubungannya bersama Shuib. Malah netizen turut menyalahkan Shuib yang menyumbang kepada kenaikan berat badan yang dialami Watie ini.

Dalam masa yang sama, netizen mendoakan hubungan di antara pasangan ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin di mana ramai yang berharap Shuib akan kembali bahagia seperti dahulu. Sebelum ini juga, Shuib memaklumkan ibunya sendiri sudah bertanyakan tentang hubungannya bersama Watie.

Sponsored

“Salah shuib lah ni, bahagia sangat ni. Cepat lah kahwin nak tengok shuib happy-happy macam dulu lagi. Mana tau boleh join sepahtu semula.”

“Salahkan shuib sebab shuib belanja makan.”

Hubungan di antara Shuib dan Watie mula dihidu ramai selepas kedua-dua mereka hadir di konsert yang sama dengan pakaian yang sedondon. Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Shuib memuat naik gambar bersama anak-anaknya di restoran Gordon Ramsay di mana imej Watie terpantul di cermin belakang mereka.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram